Thursday, 27 June 2013

MENERIMA TEMPAHAN BULAN RAMADHAN 1434H/2013 SEKITAR LEMBAH KLANG

Assalammuallaikum, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada saudara muslimin dan muslimat seluruh dunia dan selamat bertakwa untuk berpuasa kepada anda-anda di Malaysia khususnya penduduk sekitar Lembah Klang, insyAllah.  Bersempena di bulan puasa yang mulia ini kami sedia menerima tempahan untuk membekal bubur lambuk utara, laksa utara, mee celor special bagi menjayakan majlis berbuka puasa / more kepada surau-surau, masjid-masjid serta individu-individu yang berhajat untuk membuat amal jamuan berbuka puasa.

Sajian yang akan kami sediakan adalah seperti berikut:-
  • Bubur Lambuk adalah hidangan bonda yang tercinta dengan resepi di masa dahulu dengan menggunakan rempah-rempah yang unik dan di adun dengan santan asli serta daging segar menjadikan hidangan lazat dan membuka selera apabila anda memakannya.  Terdapat banyak tempat menyedia bubur lambuk secara percuma di bulan Ramadhan seperti di masjid-masjid dan surau-surau untuk amalan hidangan berbuka puasa, walabagaimanapun, bubur lambuk yang kami sediakan agak berlainan sedikit dari segi rasa dan aromanya, insyaAllah.  Mesti cuba baru tau.... 
  • Laksa Utara di warisi daripada bonda yang tercinta, sekiranya anda terbau sahaja kuahnya akan terlior dan terus terasa lapar untuk memakannya, inilah masakkan orang-orang masa dahulu yang sentiasa mengambil berat dari segi penyediaan dan terbukti  kelazatannya sekiranya di hidangkan.  Resepi yang rumit akan di adun dengan menjadikan ikan kembong (bukan ikan sardin tin) sebagai bahan asas untuk kuah laksa termasuklah rempah-rempah yang khas bagi menaikan aroma kuah laksa tersebut.
  • Mee Celor (Rebus) Special adalah satu hidangan yang teristimewa daripada kami, resepinya yang telah di warisi sejak dahulu dan di adun antara western / melayu pada masa dahulu.  Penyediaan mee dengan kuah special berserta kepingan telur rebus dan tauhu di hias bagi menambah kesedapan dan aroma yang meyelerakan buat anda hampir-hampir terbuka puasa hmm....Testimoni orang-orang yang telah mencubanya, merasakan hidangan ini mirip-mirip spaggeti.  Sekiranya anda dapat mencubanya, mesti nak lagi dan lagi... insyaAllah.

Kami sentiasa mengawal proses penyediaan makanan agar setiap makanan yang akan di bekalkan kepada anda di jamin bersih dan segar.

Kami sedia menerima tempahan / pertanyaan daripada anda-anda semua dan jangan ragu-ragu menalipon kami  seperti berikut: 014-3034258 (Ana) / 016-5137765 (Din). 

Selamat berpuasa dengan penuh tawakal, terima kasih.